Thursday, September 15, 2011

Makan Beradab Dan Jamuan Hari Raya

Pada 28 September 2011 ini sekolah akan mengadakan majlis makan beradab dan jamuan hari raya.Kepada semua ahli rumah Temenggung,diharapkan dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday, September 13, 2011

Pelantikan Pemimpin Tertinggi Rumah Sukan Sesi 2011/2012

22 Ogos 2011 telah diadakan Majlis Pentauliahan AJK Tertinggi bagi sesi 2011/2012. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Tujuannya adalah untuk memberi pentauliahan kepada pelajar-pelajar yang bakal menerajui tampuk pimpinan MOZAC pada tahun hadapan. Antaranya ialah Majlis Sistem Rumah. Secara rasminya tampuk kepimpinan Temenggung diterajui oleh

Ketua Rumah : Muhammad Amzar bin Mohd Noh

Tim. Ketua Rumah: Nuratika binti Baharom

Diharapkan dengan pelantikan ini, kedua-dua pemimpin ini dapat menjalankan tanggungjawab untuk meneruskan legasi ini untuk sesi 2011/2012 dan menaikkan nama Temenggung dalam semua lapangan.