Friday, January 27, 2012

MALAM TALENTIME 2012




13 JANUARI 2012 (JUMAAT)
8.30 MLM
DEWAN SULTAN MANSOR SYAH

pelajar-pelajar tingkatan satu membuat persembahan seperti tarian tradisional, tarian moden, sketsa bertajuk "Puteri yang kesepian", dikir barat, boria, dan lakonan (iklan). pelajar-pelajar ini berbakat dan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pelajar-pelajar tingkatan 5 dan sebahagian pelajar tingkatan 4. Tahniah ducapkan kepada pelajar yang terlibat dengan Malam Talentime dan ibu bapa yang hadir.

11 Jan-Perjumpaan Keluarga SBP

Program ‘MENTOR-MENTEE’ yang ditransformasi kepada sistem Keluarga SBP telah mengorak langkah dengan mengadakan perjumpaan pertama di dewan Sultan Muzaffar Syah. Semua pelajar telah terlibat dalam sesi ini dan pelajar Tingkatan 5 sebagai abang dan kakak long menjadi ketua dalam keluarga bagi sesi perkenalan bersama adik-adik baru. Semoga sistem Keluarga SBP yang ditransformasikan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dari segala aspek kepada seluruh pihak yang terlibat.

10 Jan-Perjumpaan Rumah Kali Pertama

Aktiviti tahunan bagi rumah Temenggung iaitu Mesyuarat Agung Tahunan buat kali pertama bagi sesi 2012 telah berlangsung pada 10 Januari 2012. Antara agenda rumah pada tahun ini ialah melantik majlis tertinggi bagi rumah Temenggung. Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa yang dilantik:

Ketua rumah : Muhammad Amzar bin Mohd. Noh
Pen Ketua Rumah : Nuratika binti Baharom
Setiausaha : Muhammad Amirul bin Muhammad Azman
Pen Setiausaha : Nur Syakirah binti Abd. Razak
Bendahari : Abdul Hadi
Pen Bendahari : Nuraina Nasuha binti Abd. Rahman
Biro Akademik : Adibah Hussin & Muhammad Ashraf bin Kamsani
Biro Kokurikulum : Nur Athirah binti Huzaisham & Zul Harith bin Hassan
Biro Sahsiah : Aghnia binti Morkan & Ahmad Naqib bin Baharom
Biro 3K : Nurul Syamimi binti Norhuzir & Nasrul Akmal
Bloggie : Khairulanwar bin Harun & Muhammad Syahmi bin Darus
AJK Ting 5 : Adam Harris & Nor Azzura binti Nor Azman
AJK Ting 4 : Mohd Izzan bin Mohd Noh & Aida Izzaty binti Abd razak
AJK Ting 3 : Muhammad Azizi & Ainin Sofiya binti Ghazali
AJK Ting 2 : Muhammad Aidil & Noor al Nazifah binti Zulkifli

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru rumah Temenggung yang turut sama hadir ketika perjumpaan tersebut. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli rumah yang memberikan kerjasama dan sepenuh komitmen, terima kasih sekali lagi diucapkan. Semoga Temenggung dapat menyandang rumah terbaik pada tahun ini. InsyaAllah.

Saturday, January 21, 2012

8 Jan-Minggu Orientasi

Keluarga baru SBP atau para pelajar tingkatan 1 menjalani minggu orientasi sehingga 13 Januari 2012. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perkenalan bersama Majlis Warden, pengawas, PRS, BADRI, Sistem Rumah tidak lupa juga aktiviti senaman pagi yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Diharapkan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di MOZAC.

7 Jan-Pendaftaran KOKU

Mulai jam 8 pagi, sesi pendaftaran kokurikulum bagi Unit Beruniform, Sukan dan Permainan juga Kelab dan Persatuan telah bermula. Sesi ini diadakan di dewan terbuka MOZAC iaitu Dewan Sultan Mansor Shah yang telah melibatkan semua guru dan pelajar.

5 Jan-Perhimpunan Pertama

Agenda MOZAC yang tersusun dalam diari MUZAFFAR diteruskan dengan majlis perhimpunan buat julung kalinya bersama pengetua baru, Ayahanda Tuan Haji Hassan b Topit. Ayahanda Muzaffar berpesan kepada anakanda-ankandanya melalui pantun-pantunnya. Antaranya ialah:
Kalau ingin belajar mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau ingin kepimpinan menjadi,
Pertama elok kedua pandai.

Renda elok berkajang kain,
Bunga telipok ambar kasturi,
Kerja esok siap kelmarin,
Itu penunjuk kualiti diri.

Diharapkan agar dua rangkap pantun yang diperdengar oleh ayahanda sebagai pesanan memberikan motivasi dan anjakan paradigma yang membina kepada warga Muzaffar.

4 Jan- Selamat Datang Pelajar Tingkatan Satu 2012



Kehadiran pelajar baru di SBP di raikan di MOZAC pada 4 Januari oleh seluruh ahli KELUARGA SBP. MOZAC turut menerima kunjungan daripada Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Ali Rustam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Muzaffar yang telah terlibat dalam sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1 2012.

3 Jan-Wecome back to Mozac


Bumi Muzaffar kembali meriah dengan kepulangan pelajar-pelajar sesi tahun 2012 yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.Wajah keriangan jelas terpancar di muka seluruh warga Muzaffar yang tentunya lebih bersedia untuk memulakan sesi persekolahan. SELAMAT KEMBALI KE MUZAFFAR...

Friday, January 20, 2012

Persiapan pulang ke bumi Muzaffar




Pada 2 Januari 2012, seramai beberapa orang warga Temenggung telah pulang ke MOZAC awal sehari dari pelajar yang lain. Para pelajar ini telah ditugaskan untuk membantu Majlis Warden bagi melicinkan proses pendaftaran asrama 2012.Antara pelajar yang terlibat ialah :
1.Muhd Amzar bin Mohd Noh
2.Muhammad Zul Harith b Hassan
3.Nuratika Baharom
4.Adibah Hussin
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar yang terlibat.