Wednesday, February 22, 2012

BRC Open 10's 2012




Seorang warga Temenggung sekali lagi telah berjaya untuk mewakili pasukan Ragbi Melaka 10's untuk BRC Open 10's di Kuala Lumpur. Beliau ialah Muhammad Zul Harith Hasan. Pasukan Melaka berjaya meraih Johan bagi kategori Bowl. Tahniah diucapkan.

Selamat Tinggal Miss Ho


Warga Muzaffar telah kehilangan seorang guru cemerlang iaitu Miss Ho Phuay Sin. Beliau telah berpindah ke sekolah berdekatan dengan Melaka. Kehilangan ini turut dirasai oleh warga Temenggung dan anak-anak angkat dalam Keluarga SBP. Semoga bahagia di sekolah baharu serta bahagia di samping keluarga tercinta.

13-17 Feb

MOZAC telah menghantar beberapa pasukan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Sepak Takraw Peringkat Kawasan Ayer Keroh, Bola Tampar Peringkat Kawasan Ayer Keroh dan Hoki MSSMNM Peringkat Negeri.Keputusannya ialah pasukan Bola Tampar telah menggondol pingat emas bagi pasukan lelaki dan pingat peraak bagi pasukan perempuan. Pasukan Sepak Takraw pula telah berjaya menggondol pingat gangsa bagi pasukan bawah 15 tahun dan pasukan hoki pula telah berjaya meraih pingat gangsa bagi pertandingan kali ini. Tahniah diucapkan kepada peserta kerana telah menjulang nama Muzaffar dalam arena sukan. Beberapa ahli rumah Temenggung telah berjaya melayakkan diri untuk pergi ke pemilihan pasukan Bola Tampar kawasan Ayer Keroh, mereka ialah, Huril Ain, Ezreen Edleen, Izzaty dan Zul Harith. Tahniah diucapkan.


Sunday, February 12, 2012

13 Feb-Majlis Pelantikan Ketua Kamar 2012

Warga Muzaffar menerima kedatangan En. Husin b. Chek, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka sebagai tetamu untuk merasmikan sekaligus menyerahkan sijil pelantikan ketua kamar 2012. Antara warga Temenggung yang dilantik menjadi ketua kamar ialah

Ketua Kamar Aspura
3A1- Muhd Farhan b Aziz
3A3- Muhd Hydar b Hamidon
3A4- Imran Adib b Nasri
3A5- Adam Harris b Mohd Hashim
1A5- Fakhril Shahril Ezanie

Ketua Kamar Aspuri
I- Nur Syakirah bte Razak
J- Aghnia bte Morkan
K- Nur Syamimi bte Nor Huzir

Monday, February 6, 2012

5 Jan-Sambutan Maulidur Rasul Muzaffar











Bertemakan ‘Cintai Nabi Kita’ anjuran pihak BADRI MOZAC. Semua warga Muzaffar yang beragama Islam wajib berada di perkarangan astaka tepat jam 6.50 pagi. Legasi Temenggung yang bertemakan ‘I LOVE RASULULLAH’ memakai baju melayu kebangsaan dan berseluar ‘slack’ hitam’ dan memakai mafela berwarna merah yang bertulis ‘I LOVE RASULULLAH’ bagi lelaki. Manakala bagi perempuan pula memakai baju kurung putih, bertudung dan berkain hitam disertakan selendang merah di badan yang bertulis ‘I LOVE RASULULLAH’. Semua warga Muzaffar turun ke perkarangan bengkel KH tepat pada pukul 7.15 pagi. Perarakan Maulidur Rasul bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 7.45 pagi. Selepas itu semua warga Muzaffar wajib menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Encik Azmi b Mohd Noh. Selesai ceramah yang disampaikan, acara penyampaian hadiah yang dinilai semasa perarakan disampaikan oleh Cikgu Md Isa dan Cigu Hassim. Perkara yang dinilai semasa perarakan ialah tatacara berpakaian, kekuatan suara semasa melafazkan selawat ke atas nabi dan sikap semasa perarakan sedang berlangsung. Teemenggung berjaya mendapat tempat ketiga dan mengalahkan Bendahara. Semoga Maulidur Rasul yang akan datang, semua warga Temenggung dapat menghayati dan mengambil iktibar atas ceramah yang disampaikan.