Monday, February 6, 2012
5 Jan-Sambutan Maulidur Rasul Muzaffar
Bertemakan ‘Cintai Nabi Kita’ anjuran pihak BADRI MOZAC. Semua warga Muzaffar yang beragama Islam wajib berada di perkarangan astaka tepat jam 6.50 pagi. Legasi Temenggung yang bertemakan ‘I LOVE RASULULLAH’ memakai baju melayu kebangsaan dan berseluar ‘slack’ hitam’ dan memakai mafela berwarna merah yang bertulis ‘I LOVE RASULULLAH’ bagi lelaki. Manakala bagi perempuan pula memakai baju kurung putih, bertudung dan berkain hitam disertakan selendang merah di badan yang bertulis ‘I LOVE RASULULLAH’. Semua warga Muzaffar turun ke perkarangan bengkel KH tepat pada pukul 7.15 pagi. Perarakan Maulidur Rasul bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 7.45 pagi. Selepas itu semua warga Muzaffar wajib menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Encik Azmi b Mohd Noh. Selesai ceramah yang disampaikan, acara penyampaian hadiah yang dinilai semasa perarakan disampaikan oleh Cikgu Md Isa dan Cigu Hassim. Perkara yang dinilai semasa perarakan ialah tatacara berpakaian, kekuatan suara semasa melafazkan selawat ke atas nabi dan sikap semasa perarakan sedang berlangsung. Teemenggung berjaya mendapat tempat ketiga dan mengalahkan Bendahara. Semoga Maulidur Rasul yang akan datang, semua warga Temenggung dapat menghayati dan mengambil iktibar atas ceramah yang disampaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment