Wednesday, December 21, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011





Hari ini Mozac telah mencapai sejarah sekali lagi apabila pelajar tingkatan 3 2011 mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR. Berikut adalah butirannya. GPS meningkat dari 1.05 kepada 1.03. Bilangan pelajar mendapat straight A's pula meningkat dari 89 orang (74.79%) kepada 105 orang (84.68%). Seluruh warga Mozac mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan ini. Tahniah dan Syabas dicapkan kepada seluruh warga REVOLUTION MOZAC!!

Pemilihan Pasukan Ragbi 7 sebelah Malaysia






Pada 27 Nov-1 Dec,seorang ahli rumah temenggung Muhammad Zul Harith bin Hasan telah mengikuti sesi pemilihan pasukan Ragbi Malaysia 7 sebelah untuk mewakili Malaysia pada tahun 2012.pertandingan akan diadakan di Hong Kong pada bulan Julai.Para pemain telah ditempatkan di D'Village Resort dan latihan diadakan di padang Sekolah mMenengah Sains Muzaffar Syah.Namun,nasib tidak menyebelahi saudara Zul Harith kerana beberapa masalah kecederaan.Namun,ia cukup membanggakan apabila salah seorang ahli Temenggung mampu bersaing untuk mewakili negara.

Anugerah Insentif Kecemerlangan Sukan MSS Melaka 2011



Pada 9 disember2011 yang lalu,seramai 4 orang pelajar mOZAC telah menerima anugerah insentif kecemerlangan sukan dan permainan majlis sukan sekolah negeri Melaka bertempat di Permaisuri Stadium Hang Jebat Hotel,Melaka.Pelajar- pelajar tersebut ialah :
Alia Anin Azwa Bakri - Catur
Muhammad Salman bin Jaffrey - Balapan dan Padang
Amelinda Aran Aziz - Squasy
Muhammad Hareez bin Ismail - Boling Tenpin

Alia Anin Azwa Bakri dan Muhammad Salman bin Jaffrey telah mendapat anugerah khas daripada jabatan pelajaran melaka atas sumbangan yang telah diberikan.
Alia Anin Azwa Bakri telah mendapat anugerah khas sukan(puteri) MSS Melaka 2011
Muhammad Salman bin Jaffrey telah mendapat anugerah putera sukan MSS Melaka 2011.

Tahniah kepada kedua-dua warga Temenggung iaitu Muhammad Salman dan Amelinda yang telah mengharumkan nama Muzaffar.

Tahniah!!




Walaupun cuti sekolah, MOZAC menyertai beberapa pertandingan dan aktiviti. Antaranya ialah:
1.Pertandingan F1 in Schools Technology Challenge 2011 National Final - dimana pasukan ACE Racing memenangi BEST MARKETING & SPONSORSHIP AWARD AND 2ND RUNNER UP overall). MOZAC menghantar 2 pasukan utk pertandingan tersebut. Pasukan Zealous telah mendapat tempat ke 6 keseluruhan daripada 20 buah pasukan yang bertanding.

2. Pertandingan Ragbi B15 tahun Kebangsaan- MOZAC telah mewakili Melaka ke pertandingan tersebut yang diadakan di Melaka pada tahun ini iaitu pada 23 -24 November yang lepas.

3. Pertandingan Aerobik sempena hari Diabetes Sedunia yang diadakan pada 13 November
2011. Pasukan dari MOZAC berjaya mendapat tempat ke 4

4. Pertandingan Bola Tampar 4 sepasukan dimana MOZAC berjaya mendapat tempat ke 2 utk pasukan perempuan B15 tahun. MOZAC menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki B15 dan juga pasukan perempuan B15.

5. Pertandingan lankskap - memenangi tempat ke 2.

6. Jambori Pengakap Antarabangsa yang diadakan di Terengganu pada tahun ini.

Tahniah kepada warga Temenggung yang terlibat mewakili MOZAC.

Selamat Datang Tuan Pengetua!!


MOZAC telah pun memperoleh Pengetua baru iaitu Tn. Hj. Hassan bin Topit, mantan pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Beliau akan mula bertugas di MOZAC pada 1 December.Kini beliau mewakili MOZAC ke mesyuarat Pengetua SBP di Shah Alam. Seluruh warga MOZAC mengalu-alukan kedatangan beliau. Kami warga MOZAC siap sedia berkhidmat dibawah kepimpinan Tuan, Selamat Bertugas Tuan Pengetua!.

Sunday, October 30, 2011

Malam Anugerah Muzaffar

Pada hari ini 28 oktober 2011,para pelajar tingkatan 5 diraikan dalam satu majlis iaitu Malam Anugerah Muzaffar 2011yang dahulunya dikenali sebagai Malam Seribu Bintang. Tetamu kehormat pada malam ini ialah YB Datuk Md Sirat bin Abu, ahli parlimen kawasan Bukit Katil, Melaka yang telah bermurah hati menyumbangkan sebanyak RM 10,000 kepada MOZAC. Walaupun hujan turun dengan agak lebat selepas perarakan masuk para pelajar tingkatan 5,majlis berlangsung meriah dengan persembahan pelajar dan anugerah - anugerah yang disampaikan.
Antara anugerah yang berjaaya dirangkul oleh warga Temenggung ialah:
Pelajar Contoh Putera: Amirul Asyraf b. Roslan
Anugerah Khas MOZAC: Erick Naim
Anugerah Rumah Terbaik Kategori Akademik dan Sahsiah turut dipegang oleh rumah Temenggung
dan penyumbang markah terbanyak bagi rumah Temenggung ialah Muhd Ihsan Abu Bakar iaitu merupakan Ketua Rumah Temenggung bagi sesi 2010-2011.
Tahniah kepada warga dan penerima anugerah. Semoga Temenggung terus melangkah maju kehadapan di atas bumi Muzaffar.



Thursday, October 13, 2011

Makan Beradab dan Jamuan Hari Raya 2011


28 September 2011, sebuah jamuan hari raya dan makan beradab telah diadakan sempena hari raya Aidilfitri yang lepas. Semua pelajar dikehendaki hadir dengan memakai baju melayu bebas, berseluar slack dan berkasut kulit hitam. Majlis berlansung selama satu jam setengah dari 7.30 petang sehingga 9 malam. Para pentadbir turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Temenggung menyediakan penanda buku Temenggung sebagai cenderemata pada majlis itu.






Thursday, September 15, 2011

Makan Beradab Dan Jamuan Hari Raya

Pada 28 September 2011 ini sekolah akan mengadakan majlis makan beradab dan jamuan hari raya.Kepada semua ahli rumah Temenggung,diharapkan dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday, September 13, 2011

Pelantikan Pemimpin Tertinggi Rumah Sukan Sesi 2011/2012

22 Ogos 2011 telah diadakan Majlis Pentauliahan AJK Tertinggi bagi sesi 2011/2012. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Tujuannya adalah untuk memberi pentauliahan kepada pelajar-pelajar yang bakal menerajui tampuk pimpinan MOZAC pada tahun hadapan. Antaranya ialah Majlis Sistem Rumah. Secara rasminya tampuk kepimpinan Temenggung diterajui oleh

Ketua Rumah : Muhammad Amzar bin Mohd Noh

Tim. Ketua Rumah: Nuratika binti Baharom

Diharapkan dengan pelantikan ini, kedua-dua pemimpin ini dapat menjalankan tanggungjawab untuk meneruskan legasi ini untuk sesi 2011/2012 dan menaikkan nama Temenggung dalam semua lapangan.