Sunday, October 30, 2011

Malam Anugerah Muzaffar

Pada hari ini 28 oktober 2011,para pelajar tingkatan 5 diraikan dalam satu majlis iaitu Malam Anugerah Muzaffar 2011yang dahulunya dikenali sebagai Malam Seribu Bintang. Tetamu kehormat pada malam ini ialah YB Datuk Md Sirat bin Abu, ahli parlimen kawasan Bukit Katil, Melaka yang telah bermurah hati menyumbangkan sebanyak RM 10,000 kepada MOZAC. Walaupun hujan turun dengan agak lebat selepas perarakan masuk para pelajar tingkatan 5,majlis berlangsung meriah dengan persembahan pelajar dan anugerah - anugerah yang disampaikan.
Antara anugerah yang berjaaya dirangkul oleh warga Temenggung ialah:
Pelajar Contoh Putera: Amirul Asyraf b. Roslan
Anugerah Khas MOZAC: Erick Naim
Anugerah Rumah Terbaik Kategori Akademik dan Sahsiah turut dipegang oleh rumah Temenggung
dan penyumbang markah terbanyak bagi rumah Temenggung ialah Muhd Ihsan Abu Bakar iaitu merupakan Ketua Rumah Temenggung bagi sesi 2010-2011.
Tahniah kepada warga dan penerima anugerah. Semoga Temenggung terus melangkah maju kehadapan di atas bumi Muzaffar.



No comments:

Post a Comment