Thursday, March 29, 2012

KESUMA 2012

24-28hb-Seramai 8 orang ketua rumah dan penolong ketua rumah beserta seorang guru penyelaras system rumah MOZAC telah mengikuti Kursus KR dan TKR yang telag diadakan di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Kontinjen MOZAC bergerak ke SMS Sembrong, Kluang, Johor seawall 10 pagi pada 24hb Feb 2012.Kontinjen MOZAC telah menginap sehari dan telah menjalankan perkongsian mengenai sistem rumah yang dijalankan di sana.
Pada 25hb, kontinjen dari SMS Johor, SMS Muar dan SMS Sembrong menaiki bas MOZAC dan memulakan perjalanan ke SEMSAS seawal jam 9 pagi. Setelah tiba pada jam 2.30 petang, para KR dan TKR diberi taklimat dan telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut warna rumah sukan di sekolah masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selepas itu seperti Ice Breaking, Leadership Outreach,Problem Solving dan pelbagai lagi.Hari kemuncak tiba pada 28hb dan Guru Penyelaras Sisem Rumah MOZAC yang mewakili rumah Mahathir telah dinobatkan Ketua Guru Rumah Terbaik. Semoga KR dan TKR dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh demi memajukan sistem rumah di bumi Muzaffar. Temenggung Gemilang, MOZAC Terbilang.



No comments:

Post a Comment