Thursday, March 29, 2012

SPM 2011

Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011, telah diumumkan. Alhamdulillah, MOZAC telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan GPS 1.51, memperbaiki GPS SPM 2010 iaitu 1.71. MOZAC sekali lagi dapat mencapai sasaran KPI yang ditetapkan , SET (significantly exceed target). Seramai 3 orang pelajar telah mencapai 9A+ berbanding hanya seorang tahun lalu (meningkat dari 0.77 kepada 2.2). Para pelajar tersebut adalah:
1. Meor Akmal Ezzuddin b. Meor Hashimi
2. Muhammad Sirajuddin b. Roszaili
3. Muhammad Yusof Ahmat Ritwan

Seramai 51 (37.5%) orang berjaya mencapai straight A juga memperbaiki keputusan tahun lepas (33 orang - 25.38%). Tahniah diucapkan kepada semua warga Superism 2011 atas kejayaan yang cemerlang. Sekalung penghargaan kepada guru - guru, para ibubapa, ALUMNI,PIBG yang membantu sekolah untuk kekal cemerlang. Tahniah semua dan semoga kejayaan para pelajar PMR & SPM 2011 membakar semangat para pelajar PMR & SPM 2012 untuk lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment