Saturday, March 20, 2010

Olimpik Muzaffar Syah 2011

26 Julai 2011, Stadium Muzaffar Syah- Kejohanan Olahraga & Sukan Tahunan Kali ke 30 telah berlangsung bertempat di padang sekolah. Tetamu kehormat pada kejohanan pada tahun ini ialah YDP Alumni SMSMS, En. Ali Kasimin. Kejohanan dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar kejohanan. Setelah itu diadakan pertandingan sorak antara rumah.Acara - acara 4x400m, 100m, 400m dan 4x100m utk semua kategori telah dijalankan. Acara - acara lain telah disempurnakan sebelum kejohanan berlangsung. Pada akhir kejohanan, rumah Temenggung terpaksa mengalah apabila rumah Bendahara telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan untuk Olimpik Muzaffar Syah 2011. Walaupun kami terpaksa akur dengan keputusan itu, kami tetap beroleh kemenangan yang besar di mana Temenggung telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Lelaki B dan C, Naib Johan Perbarisan dan Johan Pasukan Sorak. Tahniah kepada warga Temenggung kerana telah menaikkan nama Temenggung meskipun kejohanan kali ini bukan milik kita walaupun kita memperoleh kejayaan yang banyak. Tahniah untuk warga Temenggung.






Temenggung's Ceremonial Banquet

18 Feb 2011, Dewan Makan MOZAC- Sebuah majlis makan beradab telah diadakan untuk melengkapkan program yang wajib dijalankan oleh setiap legasi rumah sukan. Majlis berlangsung selama satu jam sahaja. Semua ahli rumah Temenggung diwajibkan untuk hadir bagi menjayakan majlis ini. Tidak ketinggalan juga guru-guru rumah Temenggung yang hadir bersama tetamu jemputan iaitu Ustazah Almarjan, Cik Yuko, Encik Husaini serta ketua-ketua rumah yang turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Semua ahli rumah Temenggung dikehendaki untuk memakai baju kemeja serta vest sekolah. Majlis berakhir tepat pada pukul 9 malam.




Pertandingan Membuat Kain Rentang Maulidur Rasul

Surau Al-Abrar,24 & 25 Februari- Satu pertandingan membuat kain rentang sempena sambutan Maulidur Rasul 1431h/2010m. Pertandingan ini telah dipertandingkan mengikut rumah sukan. Ahli rumah Temenggung sangat berbangga dengan hasil kerja yang sangat menarik. Oleh itu, rumah Temenggung telah dinobatkan sebagai juara pertandingan ini.Semua peserta berbangga dengan kajayaan ini.Kain rentang tersebut telah dibawa berarak semasa Maulidur Rasul yang disambut di sekolah.

Perjumpaan Mentor Mentee

Persekitaran Mozac,12 Feb- Satu perjumpaan mentor mentee telah dijalankan bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara mentor dan mentee. Mentor mentee telah disusun dan dikemaskini oleh Unit Kaunseling Mozac. Pembahagian mentor mentee adalah mengikut rumah sukan masing-masing. Mentor telah mengemas kini maklumat mentee masing-masing dan memberi nasihat kepada mentee untuk bersiap sedia menghadapi ujian pertengahan tahun semester 1 2010.

Pemantauan Anugerah Asrama Terbilang-SBPI Selandar

SBPI Selandar,10feb-Satu lawatan penanda aras Anugerah Asrama Terbilang ke SBPI Selandar. Lawatan ini bertujuan untuk memperbaiki dan menambahbaik segala aspek dan kemudahan yang akan dipertandingkan di peringkat Anugerah Asrama Terbilang. Lawatan ini disertai oleh 4 orang warden, seorang kaunselor, ketua-ketua rumah, penolong-penolong ketua rumah dan semua ketua kamar. Dengan adanya lawatan penanda aras ini, ketua-ketua kamar rumah Laksamana dapat mengambil apa yang baik sebagai pengajaran untuk kita gunakan bersama demi rumah Laksamana ahli-ahli rumah Laksamana yang tercinta. Sekian

Perjumpaan Rumah kali Ke-2

Dewan Sultan Muzaffar Syah,3 feb-Perjumpaan rumah ini telah dihadiri oleh guru penasihat rumah,guru penyelaras rumah,ketua guru rumah dan juga guru-guru rumah temenggung.
Aturcara perjumpaan:
  • Ucapan dari guru penasihat rumah
  • Ucapan dari guru penyelaras rumah
  • Ucapan dari ketua guru rumah
  • Ucapan ketua rumah-memperkenalkan ajk tertinggi kepada semua guru
-kata-kata semangat kepada ahli rumah
  • Nyanyian lagu rumah
  • Nyanyian lagu sorak rumah
Majlis diakhiri dengan cheer rumah.TEMENGGUNG IS THE BEST!!!



Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Baru

Dewan Makan Mozac,2 feb-Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftar ke Mozac dengan keputusan cemerlang 8a.Pendaftaran ini telah dikendalikan oleh semua pengawas tingkatan 4.Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 4 baru.Diharapkan semua pelajar tingkatan 4 dapat menyesuaikan diri di sini.